PENGHANTARAN PELAJAR KE JEPUN BATCH 1/2018
- ズ ルキフリ
- Feb 22, 2018
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menghantar 5 orang pelajarnya ke Jepun. Untuk makluman, ini adalah penghantaran batch pertama 2018. Pelajar ini telah bertolak ke Jepun pada 21 Februari 2018 dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines melalui KLIA. En Afif Farhan Bin Ali iaitu Penyelaras Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA turut hadir. En Afif telah memberi sedikit ucapan kepada pelajar sebelum pelajar berlepas ke Jepun.
Empat orang pelajar lelaki akan berada di Jepun selama 3 tahun untuk mengikuti Latihan Sambil Kerja (LSK) manakala seorang lagi pelajar perempuan akan berada di Jepun selama 10 bulan. Empat pelajar lelaki ini akan ditempatkan di OISCA Hamamatsu Training Center selama 2 bulan sebelum memulakan latihan mereka selama 3 tahun manakala pelajar perempuan pula ditempatkan di OISCA Shikoku Training Center selama 10 bulan.
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang hadir serta mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar.



* Kami memohon maaf atas kualiti gambar yang dipaparkan.