top of page
Search

MAJLIS MERAIKAN PELAJAR MARA-OISCA KE JEPUN 2018

  • ズ ルキフリ
  • Feb 22, 2018
  • 1 min read

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menganjurkan Majlis Meraikan Pelajar MARA-OISCA ke Jepun 2018 pada tanggal 21 Februari 2018 di Dewan Hyogo, MJII Beranang.


Seramai 18 orang pelajar telah diraikan pada hari tersebut. Mereka ini akan berangkat ke Jepun secara berperingkat bermula 21 Februari 2018. Mereka yang diraikan ini terdiri daripada pelbagai bidang iaitu Aircond, Bangunan, Automotif, Pembuatan, Agro dan Elektronik. Mereka adalah pelajar lepasan Institut Pendidikan MARA (IPMa) yang telah lulus Kursus Asas dan temuduga dengan syarikat Jepun serta MARA.


Majlis telah diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Tuan Hj Mohd Kamal bin Ismail iaitu Setiausaha Agong OISCA Malaysia. Turut hadir memeriahkan majlis ialah En Mohd Azman Bin Rafaie (Timbalan Pengarah HEA MJII), En. Mohd Azkamal Bin Hj Muhaini (Timbalan Pengarah KPHP MJII), Pn. Norlida Binti Abdul Kadir (Pengarah KPM Beranang), En. Yoshio Kiguchi (Pengarah Nagoya Automobile Holding Sdn Bhd), En. Shiromoto Hirokazu (Ketua Pegawai Eksekutif Seimei Engineering Malaysia Sdn Bhd) dan En. Torii Yukio (Pengurus Kawasan Nikkan Co, Ltd). Selain pelajar, majlis turut menjemput ibubapa bagi menghargai sumbagan dan sokongan mereka kepada anak-anak mereka.


Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mengucapkan tahniah kepada para pelajar dan semoga berjaya sepanjang menjalani Latihan Sambil Kerja selama 3 tahun di Jepun. Bawa pulang kejayaan dan sumbangkan untuk pembangunan masa depan negara.


 
 
 

Join our mailing list

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2017 by Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Proudly created with Wix.com

bottom of page