PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH BKT MARA





Perjumpaan Pelajar Kelas Lanjutan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA yang akan ke Jepun bersama Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, En Mahzan Bin Teh di Bangunan MARA pada 30 Januari 2018. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendengar amanat dari Pengarah BKT MARA sebelum mereka bertolak ke Jepun secara berperingkat bermula Februari ini.
Turut serta dalam perjumpaan ini pegawai dari Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA iaitu En Irfan (Cawangan Teknousahawan BKT) dan Pn Farah (Cawangan Perhubungan Antarabangsa BKT). Pegawai pengiring dari Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA pula adalah Pn Fitrah Junko Hirose. Turut menyertai perjumpaan ini adalah Pn Syarifah Ruhil Amani iaitu Pengurus OISCA Malaysia.
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah BKT MARA dan pegawainya kerana sudi meluangkan masa berjumpa dengan pelajar sebelum pelajar bertolak ke Jepun. Amanat yang diberikan akan diingati dan diamalkan pelajar sepanjang di Jepun.








Comments