MAJLIS TAMAT KURSUS ASAS BAHASA JEPUN SESI 4/2017 SERTA MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH URUSAN NAGOYA AUT
- ズ ルキフリ
- Oct 13, 2017
- 1 min read
Majlis ini telah diadakan pada 12 Oktober 2017 (Khamis) bertempat di Kyoto Gallery MJII Beranang. Majlis ini adalah untuk meraikan pelajar Kursus Asas Bahasa Jepun sesi 4/2017 yang telah berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlang selama 2 bulan belajar di sini. Selain itu, majlis turut meraikan perpisahan Pengarah Urusan Nagoya Automobile Malaysia Holding Sdn Bhd, Mr Kazuhiro Tomida yang akan pulang ke Jepun setelah 3 tahun setengah berkhidmat di Malaysia. Majlis telah dihadiri oleh Pn Hjh Zarinah Binti Idrus (Pengarah MJII), En Mohd Azkamal Bin Hj Muhaini (TP KPHP MJII), En Kiguchi Yoshio (Pengarah Eksekutif Mikawa Daihatsu Jepun), En Iha Itsuki (Ketua Seksyen Keusahawanan Mikawa Daihatsu Jepun), En Afif Farhan Bin Ali (Penyelaras Pusat Bahasa), tenaga pengajar serta pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA.



