RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PUSAT BAHASA
- ズ ルキフリ
- Aug 10, 2017
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 bertempat di pejabat Pusat Bahasa. Rumah terbuka ini diserikan lagi dengan kehadiran Pn Hjh Zarinah Binti Idrus iaitu Pengarah MJII Beranang, Tn Hj Tajudin iaitu Pengetua MRSM Kuala Klawang, Pn Syarifah Ruhil Amani Syed Omar iaitu Pengurus OISCA Malaysia, pensyarah dari KPM Beranang, staff pentadbiran MJII dan PBJMO serta pelajar-pelajar kelas asas dan lanjutan. Selain itu, PBJMO turut meraikan perpisahan En Norwawi bin Ibrahim iaitu Timbalan Pengarah KPHP MJII yang telah dinaikkan pangkat dan akan berpindah ke PMN Sabah pada minggu hadapan.
PBJMO juga mendapat sumbangan dari OISCA Malaysia untuk penganjuran rumah terbuka ini. Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang mengenali dan pernah mengikuti kursus disini. Semoga berjumpa lagi di Rumah Terbuka 2018. Insyallah







Comments