LAWATAN OISCA INTERNATIONAL JAPAN
- ズ ルキフリ
- Aug 10, 2017
- 1 min read
Pada tanggal 30 Mei 2017 (Selasa), Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari Mrs Juie Munakata (OISCA International Japan). Kehadiran beliau telah disambut oleh En. Afif Farhan Bin Ali (Penyelaras Pusat Bahasa Jepun), Pn Sy Ruhil Amani Binti Syed Omar (OISCA Malaysia), Pn Hjh Zarinah Binti Idrus (Pengarah MJII Beranang) serta staff Pusat Bahasa Jepun.
Lawatan Mrs Juie Munakata adalah sebagai mewakili OISCA Jepun untuk menemuduga pelajar Pusat Bahasa yang berjaya menamatkan kursus asas dengan cemerlang. Pelajar yang dipilih akan ke Jepun pada awal tahun 2018. Seramai 7 orang pelajar telah terpilih bagi mengikuti latihan industri di 5 syarikat dan baki 4 syarikat seramai 8 calon akan dipilih selewatnya Oktober ini.
Pada tanggal 31 Mei 2017(Rabu) pula, Mrs Juie Munakata telah membuat lawatan rasmi ke Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA ditemani Pn Sy Ruhil Amani (Pengurus OISCA Malaysia) dan Pn Fitrah Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun) . Kehadiran beliau ke BKT MARA telah disambut oleh En Mahzan Bin Teh (Pengarah BKT MARA).
Lawatan ke BKT MARA bertujuan untuk berbincang serta mengeratkan lagi kerjasama antara MARA dengan OISCA International Japan. Selain itu, Mrs Juie Munakata juga sempat berjumpa dengan bekas peserta di bawah program OISCA Japan.
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan beliau ke sini. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.



Comments