LAWATAN SYARIKAT SEIMEI ENGINEERING CO; LTD
- ズ ルキフリ
- Aug 10, 2017
- 1 min read
Pada tanggal 20 Julai 2017 (Khamis), Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari Mr. Suzuki Hiroaki (Director of Seimei Engineering Japan) dan Mr. Shiromoto Hirokazu (Managing Director Seimei Engineering Malaysia). Mereka telah disambut oleh En. Afif Farhan Bin Ali (Penyelaras Pusat Bahasa Jepun) serta Pn. Fitrah Junko Hirose(Guru Bahasa Jepun).
Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut tentang cara pembelajaran disini. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara MARA-OISCA dengan syarikat Seimei Engineering.
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan mereka ke sini. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.

Comments