top of page

LAWATAN IBUPEJABAT GIATMARA SDN BHD

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima tetamu dari Ibupejabat GiatMARA yang diwakili 3 orang pegawai dari Bahagian Pelatih pada 18.Mei.2017. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pusat Bahasa memandang kemasukan lepasan GiatMARA ke sini adalah tinggi. Selain diberi taklimat, para tetamu dibawa melawat ke kelas-kelas dan kemudahan yang disediakan. Kami dari Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA mengucapkan jutaan terima kasih kepada GiatMARA kerana sudi untuk melawat ke sini. Semoga akan lebih banyak kerjasama yang akan terjalin antara GiatMARA dan Pusat Bahasa pada masa hadapan.



bottom of page