Search
LAWATAN SYARIKAT YASUKI CONSTRUCTION CO; LTD
- ズ ルキフリ
- Aug 29, 2018
- 1 min read
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah menerima lawatan dari pegawai Syarikat Yasuki Construction Co; Ltd Jepun iaitu En Suzuki Hiroshi (Penyelia Yasuki Construction Co; Ltd) bagi menjadi panel temuduga untuk memilih dua orang pelajar dalam bidang Bangunan bagi program Latihan Sambil Kerja (LSK) di Jepun selama 3 tahun. Lawatan turut disertai Pn Juie Munakata (Pegawai OISCA Jepun).
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah diwakili En Afif Farhan bin Ali (Pegawai MJII) , En Zulkefli Bin Yaacab serta Pn Fitrah Junko Hirose (Guru Bahasa Jepun). En Suzuki Hiroshi dan Pn Juie Munakata juga telah dibawa bertemu dengan Pengarah MARA-Japan Industrial Institute Beranang, Puan Hjh Zarinah binti Idrus.



